Budaya membaca amat sukar dipupuk dalam kalangan kita lebih lebih lagi bangsa Melayu sendiri. Sebagai pelajar universiti kita seharusnya menjadikan budaya membaca sebagai satu hobi kerana kita memerlukan ilmu yang banyak untuk meneruskan kehidupan di alam universiti. Terdapat banyak cara yang diusahakan bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar universiti sebagai contoh pesta buku yang paling dominen dalam mempromosikan buku-buku ilmiah serta bahan bacaan yang menepati kriteria untuk pelajar universiti.
Baru-baru ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Pesta Buku Utara 2016 pada tarikh 20 mac hinga 26 mac 2016 bertempat di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Pesta ini bermula seawal jam 9 pagi hingga 7 petang, jadi pelajar pelajar boleh hadir ke pesta buku ini untuk mencari bahan bacaan yang menepati rasa hati sendiri.
![]() |
| Banner Pesta Buku Utara |
![]() |
| Antara harga-harga buku yang dijual |
![]() |
| Pelajar tengah memilih buku |
Pemberian baucar buku baru-baru ini sebanyak RM250 amat membantu pelajar untuk membeli bahan bacaan ilmiah, seterusnya memudahkan lagi pelajar menambah ilmu pengetahuan untuk meneruskan survival di alam universiti. Oleh itu, dengan adanya pesta sebegini, pelajar perlu gunakan sepenuhnya peluang ini supaya ianya memberikan input yang berguna kepada pelajar itu sendiri.


